Khamis, 23 Jun 2011

Ulasan Buku


Buku yang saya telah membaca pada cuti sekolah ini bernama 'THE AMBER SPYGLASS' .Ia adalah sebuah buku inggeris yang memceritakan mengenai dua budak biasa yang bernama Lyra dan Will.Mereka adalah budak biasa tetapi mereka ada banyak pengembaran yang luar biasa.Lyra adalah daripada dunia lain yang mesti mempunyai seekor 'Daemon' atau binatang yang selalu bersama seperti kucing,monyet dan sebagainya.Will juga daripada dunia yang biasa seperti kami tetapi dia boleh pergi ke dunia lain kerana dia mempunyai pisau yang boleh memotong ke dunia lain.Mereka ada pertolongan daripada seekor beruang yang perisai dan pegintip daripada 'Gallwespain'.Mereka semua mesti membuat perjalanan ke dunia yang berkelaba terang,tempat yang tiada sesiapapun yang pernah pergi.

Sambil itu,Dr.Mary Malone membuat sebuah ambar maya tetapi ada seorang pembunuh yang mahu memburu dia.Lyra dan Will mesti menolong Dr.Mary Malone dan Lord Asriel,seorang pemimpin malaikat askar supaya mereka dapat memusnakan pemberontakan malaikat yang mahu memusnahkan dunia mereka.

Saya memilih buku ini kerana saya rasa buku ini menarik dan menakjubkan.Cerita di dalam buku ini juga unik.buku ini tebal dan boleh dihabiskan selama satu minggu.Buku ini ada sekurang-kurangnya ada tiga puluh lapan bab.Saya mencadangkan kepada semua untuk membaca buku ini.

perkataan:208

Tiada ulasan:

Catat Ulasan